Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan adalah zakat yang wajib dikeluarkan daripada pendapatan yang diperoleh dalam tempoh setahun jika mencapai nisab yang ditetapkan.

Ia meliputi gaji, bonus, elaun, hasil perniagaan, sewa, dan pendapatan halal lain yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat Wajib Zakat Pendapatan:
  • Islam
  • Merdeka
  • Mencapai nisab
  • Cukup haul (tempoh setahun)
  • Hasil pendapatan halal

2.5%

Kadar Zakat Pendapatan

Langkah-langkah Pengiraan

1

Masukkan Pendapatan

Gaji, bonus, hasil sewa, dan pendapatan lain

2

Kira Tolakan

Had kifayah, tanggungan, dan tolakan KWSP

3

Dapatkan Hasil

Jumlah zakat yang perlu dibayar

Kelebihan Membayar Zakat

  • Membersihkan harta dan pendapatan
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Membantu golongan yang memerlukan
  • Mendapat keberkatan dalam rezeki
  • Menyempurnakan rukun Islam
  • Membina masyarakat yang sejahtera

Panduan Lengkap

Penerangan Zakat Pendapatan Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT
  • Dan banyak lagi

Fatwa Zakat Pendapatan Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan 'Zakat Gaji Beserta Kadarnya'. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap (freelance) jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan "Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional". Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  • Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

Soalan Lazim

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)" [Al-Baqarah (2): 267] Selain itu, terdapat juga sebuah Hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda: "Sedekah ditekankan atas setiap Muslim, lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan). Baginda SAW menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim).

Cara kira zakat pendapatan adalah seperti berikut. Jika nisab zakat pendapatan adalah RM35,449 (Nisab Zakat 2025), adakah ini bermaksud anda perlu membayar 2.5% daripada pendapatan anda jika ia lebih daripada jumlah ini dalam setahun? Tidak. Anda hanya perlu membayar zakat berasaskan jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan asas. Contoh A: Pendapatan Ahmad adalah RM1,800 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM21,

Contoh B: Pendapatan Hamdin adalah RM10,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM126,

Formula pengiraan: (Pendapatan - Had Kifayah - Tolakan Lain) × 2.5%

Pendapatan tahunan mesti melebihi jumlah nisab tahunan. Jumlah nisab Julai-Disember 2025 adalah RM35,449

Kalkulator Zakat Pendapatan

Langkah 1 dari 714% Selesai

Step 1 of 7 - A: Komponen Pendapatan

RM
Gaji, Elaun, Bonus, Ganjaran, Gratuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
RM
Keuntungan projek, Perniagaan bermusim, Komisyen takaful/unit trust, Khidmat konsultansi, Royalti buku/aktiviti seni, Pembiayaan semula aset dsb.
RM
Hasil sewaan rumah, sewaan aset, sewaan kenderaan, Hasil pertanian (getah, kelapa sawit),Hasil yang dikeluarkan binatang spt susu, telur, madu dsb
RM
Hibah, Hadiah, Saguhati, Pencen Pasangan, Sedekah, Pampasan, Harta Pusaka, Mahar Kahwin dsb.
RM
Calculated field