Call Anytime
+603 4147 4033Send Email
ask@mybigheart.myVisit Office
Melawati Square B. Centre
Zakat Perniagaan
Zakat Perniagaan
Zakat yang wajib dikeluarkan berdasarkan aset bersih perniagaan setelah mencapai nisab dan cukup haul (setahun).
📊 Nisab 2025
RM 35,449
(Julai - Disember)
💰 Kadar Zakat
2.5%
dari aset bersih
Formula Pengiraan:
(Aset Perniagaan - Liabiliti) × 2.5%Jika aset bersih ≥ RM 35,449
Kalkulator Perniagaan
Kira zakat untuk individu dan syarikat
Langkah-langkah Pengiraan
1
Pilih Jenis
Individu atau Syarikat
2
Kira Aset
Tunai, stok, pelaburan
3
Kira Liabiliti
Hutang, pinjaman
4
Semak Nisab
Aset bersih ≥ nisab
5
Isi Maklumat
Data pembayar
6
Bayar Zakat
Penuh atau sebahagian
Panduan Lengkap
Penerangan Zakat Perniagaan Aktiviti perniagaan merupakan salah satu cara beroleh pendapatan jadi ia boleh dikenakan zakat perniagaan. Pada dasarnya, ianya tidak jauh beza daripada zakat pendapatan, di mana ianya dikenakan ke atas para peniaga dan usahawan. Manakala zakat pendapatan pula lazimnya untuk mereka yang bekerja makan gaji. Namun, perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua kategori ini adalah bagaimana cara kiraan masing-masing. Cara pengiraan berbeza kerana melibatkan syarikat serta cara operasi bisnes tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini.
Apa Itu Zakat Perniagaan? Zakat perniagaan merupakan zakat yang perlu dibayar berdasarkan hasil atau pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Aktiviti bisnes ini termasuk pelbagai bidang dan industri seperti perniagaan berasaskan pembuatan, perkhidmatan, jual beli barangan, perlombongan, pertanian, perladangan, perkapalan, logistik, pembekalan, pengedaran dan sebagainya.
Sementara itu, bentuk perniagaan yang dikenakan zakat termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, dan malahan perniagaan perkongsian dengan rakan kongsi bukan Islam. Semua jenis syarikat, koperasi, gerai, perniagaan atas talian, perniagaan saham, dan apa sahaja aktiviti yang melibatkan pertukaran wang untuk barangan atau perkhidmatan dikira sebagai perniagaan dan perlu membayar zakat jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kelebihan Membayar Zakat Perniagaan Indahnya membayar zakat, tidak kira apa jenis zakat sekalipun sebagai amalan yang menyempurnakan ibadah kita kepada Allah SWT, dan juga membolehkan kita bantu-membantu sesama manusia. Bagaikan mendapat dua kali ganda bonus yang dirasai hasil daripada menunaikan tanggungjawab ini.
Secara khas pula, terdapat beberapa kelebihan kepada amalan membayar zakat perniagaan antaranya termasuk:-
- Membersihkan hasil perniagaan daripada segala unsur tersalah timbang atau tersalah kira yang mungkin tidak kita sedari semasa melakukannya
- Menimbulkan rasa bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan pada perniagaan kita
- Juga menjadi dorongan untuk berusaha dengan lebih kuat lagi setelah diteliti hasil perniagaan pada sesuatu tahun, semoga dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi kepada ummah dan masyarakat
- Rasa berpuas hati kerana dapat membantu golongan asnaf serta membantu membangunkan masyarakat hasil daripada sumbangan dan bayaran kita
- Meningkatkan taqwa kepada Allah SWT kerana dapat melihat sendiri bahawa membelanjakan harta ke jalan Allah tidak akan merugikan harta dan perniagaan
- Dan banyak lagi kelebihan lain membayar zakat yang mungkin tidak kita sedari
Soalan Lazim
Terdapat beberapa dalil yang merujuk kepada kewajiban membayar zakat perniagaan. Antaranya termasuk seperti yang berikut. Firman Allah SWT: "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." [Surah Al-Nur (24): 37] Firman ini jelas menunjukkan bahawa orang yang beriman tidak akan lalai daripada membayar sebahagian daripada hasil keuntungan perniagaan atau aktiviti jual beli yang menjadi rezeki kita.
- Islam
- Merdeka
- Sempurna milik ke atas perniagaan
- Mencapai nisab
- Mencapai haul – iaitu cukup tempoh selama setahun
- Barangan itu diniatkan untuk perniagaan
- Perniagaan itu mestilah mematuhi hukum syarak
Tentunya cara mengira zakat perniagaan ada perbezaan dengan zakat pendapatan disebabkan beberapa faktor seperti pekerja dan kos bahan atau barangan. Secara amnya, cara mengira bayaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut: Pendapatan tunai (termasuk di bank) & modal + Nilai inventori + Nilai kredit (seperti pinjaman perniagaan) – Perbelanjaan & hutang perniagaan = Baki Baki daripada pengiraan di atas, jika ia mencukupi nilai nisab (atau melebihinya) kemudian didarab dengan kadar 2.5%. Jumlah ini merupakan jumlah yang perlu dibayar.
Nisab zakat perniagaan ditetapkan pada kadar 2.5% daripada keuntungan bersih setahun, iaitu setelah tamat tempoh haul. Nisab ini adalah berdasarkan nilai 85 gram emas, yang dianggarkan bersamaan dengan nilai RM35,449 pada kemas kini terakhir. Oleh itu, jika keuntungan dan nilai aset perniagaan anda mencapai atau melebihi RM35,449 ini, wajib dikenakan zakat perniagaan ke atasnya setelah cukup haul.
Zakat perniagaan boleh dibayar dengan mana-mana pemungut zakat di tempat anda bermastautin. Ia juga boleh dibayar secara atas talian dengan cara mengisi borang di atas.
Kalkulator Zakat Perniagaan
Step 1 of 6 - Jenis Perniagaan
💡 Bantuan Pemilihan Jenis Perniagaan:
Perniagaan Individu: Sole proprietorship, perniagaan persendirian
Perniagaan Syarikat: Sdn Bhd, partnership, koperasi
